flash

Thursday, February 11, 2010

perhatikanlah wahai sekalian orang Islam

ISLAM KEMBALI DAGANG

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”.

( Hadith riwayat Muslim)

Sejarah telah merakamkan bahawa Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Ini kerana pada ketika itu, bilangan mereka yang menjadi pendukung Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasai ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Malah, seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Inilah akibatnya apabila memilih neraca hidup yang salah supaya dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat tanpa mengambil kira nilaian hidup kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Sebagai contoh, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang ajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bergurau senda ketika orang lain bersembahyang tidak pula dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Antara lain, apa yang sering kita alami sendiri sekarang ialah masyarakat memandang serong terhadap mereka yang mengajak manusia kepada kebaikan dianggap asing dan pelik, sedangkan melakukan maksiat dan kemungkaran dianggap sebagai satu kebiasaan dan berbangga dengannya. Begitulah nasib umat Islam pada hari ini. Umat Islam pada hari ni ketandusan role model yang dapat dijadikan contoh teladan, lantas mengambil contoh budaya barat yang tidak bertamadun dan berakhlak mulia.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan Islam kembali dagang buat kali pertama seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi harus diketahui, faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang ialah faktor akidah Islam yang berlawanan dengan jahiliyah atau kufur. Justeru, Islam mengajak kepada akidah yang sahih, serta kualiti hidup sejahtera yang bertentangan dengan kekufuran. Islam dan peperangan sentiasa berada dalam keadaan peperangan. Ini kerana, kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Kekufuran tidak menerima undang-undang dan hukum-hukum Allah SWT berkuasa di muka bumi ini. Inilah faktor terbesar yang wujud pada setiap zaman sehingga ke zaman sekarang. Dengan berkat bantuan Allah, segala usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersama-sama para sahabat r.a yang sabar dan ikhlas, maka dagang tersebut telah hilang. Akhirnya rahmat dan petunjuk Allah SWT diterima, dihayati sepenuhnya di Madinah.

Allah SWT telah menerima dan meredhai semua pengorbanan dan jihad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallamdan sahabat-sahabat baginda. Mereka addlah contoh ikutan bagi kerja-kerja dakwah untuk memartabatkan Islam. Mereka juga dikenali sebagai Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang unik kerana diiktiraf oleh Allah SWT sebagi sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Kerja-kerja mereka telah selesai, Cuma kelemahan umat Islam dan kepimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir dengan kejatuhan Daulah Turki Utmanniyyah di Turki. Lantas, pengaruh sekularisme yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara Islam. Pengaruh itu terus luas merebak ke negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali dagang untuk kali kedua pada hari ini.

Sekiranya kita mengkaji di antara faktor yang menyumbang kepada dagangnya Islam buat kali kedua ini antaranya ialah faktor akidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat terpengaruh dengan selain daripada Islam. Sedangkan seperti mana kita ketahui, dakwah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengajak kepada akidah yang sahih, hidup dan berfungsi. Akidah yang menerima Allah SWT sebagai ilah dan Rabb. Antara lain, faktor kejahilan umat Islam tentang Islam baik dari segi tasawwur, tuntutan dan penghayatannya menyumbang kepada berlaku fenomena Islam kembali dagang. Begitu juga kejahilan tentang sifat-sifat Allah SWT ,sifat-sifat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, hari pembalasan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang melupai dan mengabaikan peringatan-peringatan Allah SWT. Ini kerana, umat Islam hanya beriman dengan sebahagian sahaja daripada kandungan Al-Quran dan menolak sebahagiannya yang lain. Tambahan pula cabaran untuk berhadapan dengan dugaan kemewahan dunia yang menguasai hati dan kehidupan umat Islam. Umat Islam cintakan dunia dan bencikan kematian. Begitu juga dengan penyakit perpecahan dan kedengkian yang menyerang hati orang Islam.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah dagangnya Islam buat kali kedua ini, maka tidak ada jalan lain melainkan kita hendaklah kembali kepada jalan yang pernah dipimpin oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, yakni jalan yang telah terbukti berjaya menghilangkan dagangnya Islam kali pertama di Mekkah. Menegakkan kembali Islam adalah amanah yang besar dan ianya merupakan satu taklif rabbani. Manakala meninggalkannya adalah berdosa kerana sudah menjadi tanggungjawab setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah menjaga agar tidak dicerobohi oleh musuh Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikul tugas yang mulia ini mengajak masyarakat untuk kembali ke jalan Allah dengan penuh rasa tanggungjawab menjaga kesucian Islam daripada dicemari musuh Islam. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar memberi kekuatan dan kemampuan kepada kita untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini.

Tuesday, February 10, 2009

ISLAM SEBAGAI AL-DIN YANG MEMBAWA RAHMAT

- Membawa ajaran yang sempurna dari aspek aqidah, syariat dan akhlak

*untuk memenuhi keperluan manusia dalam hal yang berkaitan dengan hubungan dengan Allah dan sesama makhlukNya

* (Surah ali-‘Imran, 3:19)

- Islam sbg al-Din : suatu cara hidup yang lengkap meliputi setiap aspek kehidupan manusia

: berbeza dengan ideologi lain yang menganggap agama sbg perkara individu yg berkaitan dgn ibadah khusus

( Surah ali-‘Imran, 3:85)

- Peraturan-peraturan yang diturunkan oleh Allah itu disifatkan sebagai rahmat kepada seluruh alam

*(Surah al-Anbiya’, 21:107)

RAHMAT YANG DIBAWA OLEH ISLAM

1. Rahmat Hidayah

-bermaksud petunjuk atau pimpinan ke jalan yang benar, dari kesesatan kepada kebenaran

*(Surah al-Baqarah, surah kedua, ayat 257)

-pemberian Allah semata-mata

*(Surah al-Qasas, 28:56)

-orang yang dapat hidayah akan menerima Islam

*(Surah al-An’aam, 6:125)

2. Rahmat Iman

-anugerah Allah yang paling besar bagi manusia

*(Surah al-‘A’raaf, 7:179)

-orang beriman berupaya mengawal nafsu dan mendorongnya mematuhi perintah Allah

*(Surah al-Baqarah, 2:25)

-antara rahmat iman : mendapat ketenangan hati dan tenteram jiwa (Surah al-Fath, 48:4)

: mendapat kebaikan di dunia dan akhirat (Surah al-Kahfi, 18:30)

3. Rahmat Ilmu

-orang yang berilmu dan beriman dipandang tinggi oleh Allah dan dimuliakan masyarakat (Surah al-Mujadilah, 58:11)

-rahmat ilmu kepada manusia : manusia dapat mengenal diri dan pencipta

: menjadi individu yang berfikiran waran dan bermanfaat kpd org lain

: ibadahnya lebih lengkap dan sempurna

: boleh memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan negara

4. Rahmat Ibadah

-manusia boleh berhubung dgn Allah melalui solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya

-boleh berhubung secara langsung dengan Allah

-setiap amalan diberi ganjaran pahala dan menjauhkan seseorang dari melakukan maksiat(Surah al-‘Ankabut, 29:45)

5. Rahmat Akhlak

-dengan berakhlak mulia manusia akan dihormati dalam kehidupannya

-akhlak mulia yang ada pada Rasulullah S.A.W dan para sahabat mendorong ramai manusia menganut Islam(Surah al-Ahzab, 33:21)

-akhlak menjadi menifestasi kesempurnaan iman seseorang(Hadis Nabi-Dari Abi Hurairah r.a telah berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Mukmin yang sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya-riwayat Ahmad)

-akhlak mulia menjamin keselamatan manusia, haiwan dan alam sekitar

6. Rahmat Akal

-akal yang membezakan manusia dengan makhluk lain

-dapat memikirkan perancangan hidup utk masa hadapan

-dapat memahami segala apa yg diperintah oleh Allah, memahami segala hikmah larangan dan perintah Allah

-dengan rahmat akal manusia akan sentiasa beriman kpd Allah dan bersyukur terhadap nikmat-nikmat yg telah diberikan

KESAN MENOLAK ISLAM

1. Dimurkai Allah

2. Timbul pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik

3. Hidup tanpa arah dan tujuan yang betul dan diredhai

4. Kemajuan hidup yang dicapai tidak dapat memberi kebahagiaan yang sebenar

Tuesday, December 16, 2008

KEJAHATAN (AL-KHOBATH)

Pertama : Kejahatan Asli

Maksud kejahatan asli itu ialah segala perbuatan haram, meliputi segala tegahan Allah Taala dan larangan dalam agama Islam.

Kedua, kejahatan bukan asli:


Maksudnya, perbuatan yang halal (harus) tetapi dilakukan secara berlebih-lebihan atau melampaui batasan (al-fudhul). Biasanya dilakukan tanpa kawalan untuk memenuhi keinginan nafsu kebinatangan. Dalam hal ini termasuklah juga segala perlakuan yang ditegah oleh adat atau adab yang telah diterima umum untuk mendapat kebaikan atau kebajikan.

Kedua-dua faktor tersebut hendaklah dijauhi kerana salah satu atau kedua-duanya akan membawa kehancuran kepada agama dan diri sendiri. Faktor yang kedua itu, umpamanya, boleh merangsangkan runtunan nafsu ammarah dan seterusnya membawa orang yang terlibat ke bidang maksiat.


Berkata Imam al-Ghazali : "Janganlah berlebihan melakukan perbuatan walaupun yang tidak mudarat kerana ditakuti akan membawa mudarat. Makan terlalu kenyang, misalnya, boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan tabiat buruk. Demikianlah juga, berlebihan dalam yang halal itu, hendaklah ditinggalkan kerana ditakuti akan tergelincir ke dalam yang haram pula".


Apabila seseorang itu berjaya membebaskan diri daripada pengaruh maksiat, berkat kekuatan azam, kemantapan iman dan mendapat taufik daripada Allah SWT, maka orang itu disifat sebagai orang bertakwa, sebagaimana tersebut dalam Hadis Rasulullah s.w.a yang mafhumnya:

Sesungguhnya mereka dinamakan muttaqiin (orang-orang yang bertakwa) kerana mereka meninggalkan apa yang mendatangkan mudarat kepada mereka dan menjaga diri mereka.

Menurut pendapat Jumhur ulama, al-Khobath (kejahatan) itu adalah kefasikan dan kebinasaan yang jelas nampak pada mata kepala kita.

Ada juga yang mengatakan bahawasanya al-Khobath itu dikhususkan pada perihal zina secara khusus.

Ada juga yang mengatakan lagi, al-Khobath itu merujuk kepada anak-anak haram yang lahir dari perbuatan zina.

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan menurut apa yang diperkatakan oleh Iman al-Nawawi dalam Syarhu al-Nawawi ‘ala Muslim bahawa al-Khobath itu adalah segala bentuk maksiat secara mutlaknya.

Selanjutnya Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah al-Anfal, ayat 25 :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan takutlah kamu kepada fitnah (malapetaka) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Keras siksaan-Nya”

Dalam ayat ini antara lain menyebutkan: Allah menyuruh manusia berjaga-jaga dan beringat bahawasanya malapetaka itu bila datang bukanlah akan menimpa secara khusus kepada orang yang zalim sahaja, bahkan ia akan menimpa secara umum dan merata serta mengenai semua orang tidak kira baik atau durjana.

Banyak hadis yang menguatkan kenyataan ini. Diantaranya ialah :

1. Imam al-Baghawi meriwayatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya berbunyi:

“Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa sekumpulan orang ramai disebabkan perbuatan segolongan orang-orang tertentu, sehinggalah mereka yang ramai itu melihat orang yang berbuat mungkar berada dalam kalangan mereka walhal mereka berupaya menegahnya tetapi tidak menegahnya. Maka apabila mereka lakukan yang demikian itu, nescaya Allah akan menyeksa kumpulan orang ramai itu dan juga orang-orang yang tertentu itu”

2. Imam Ibnu Kathir meriwayat sebuah hadis dari Ummu Salamah r.anha, isteri Nabi Muhammad s.a.w yang mana telah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bilamana telah zahirnya maksiat di kalangan umatku, Allah akan menurunkan azab di sisi-Nya kepada mereka secara umum. Maka aku berkata lagi: Wahai Rasulullah s.a.w walaupun di kalangan mereka ada orang-orang yang soleh? Rasulullah s.a.w menjawab: Bahkan ada. Aku berkata lagi: Bagaimana Allah memperlakukan mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Mereka ditimpa juga dengan musibah sepertimana mereka yang berbuat maksiat kemudian di akhirat mereka akan kembali kepada mendapat keampunan dari Allah dan keredhaan-Nya”

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Ini adalah merupakan peringatan dan ancaman yang keras kepada orang-orang yang berbuat fitnah dengan perkara-perkara yang menyebabkan malapetaka di muka bumi.

Sunday, November 30, 2008

KETAATAN PADA PENGUASA

Adakalanya sebuah pemerintahan itu boleh kita taati dalam hal-hal yang baik, tetapi adakalanya ketaatan itu dicabut manakala dinilai merugikan umat. Intinya, indeks ketaatan itu ada parameternya yang disepakati sebelumnya. Tidak taat secara mutlak :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)

Karena itu adanya majlis syura di kalangan umat Islam adalah hal mutlak. Di dalamnya berkumpul para ahli di bidangnya, baik ahli politik, ekonomi, pendidikan, juru dakwah, budayawan, cendekiawan, negarawan, dan lainnya. Semua memberikan pertimbangan taktis dan strategis tentang sikap terbaik umat Islam terhadap pemerintahan yang ada :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (159)

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (38)

Tetapi justeru syuro inilah yang sekarang ini tidak kita miliki, di mana para pemimpin dan tokoh umat duduk satu meja secara bersama. Entahlah bila impian itu boleh menjadi kenyataan.

Semoga Allah SWT menghimpun hati kita dan hati para pemimpin elemen umat ini dalam satu kecintaan kepada-Nya. Agar hati-hati kita bisa bertemu dalam ketaatan kepada-Nya. Dan bersatu dalam mengajak manusia kepada jalan-Nya. Dan saling berjanji untuk membela syariah-Nya.

Sunday, November 23, 2008

TAQWA


TAQWA

قال النبي صلى الله عليه وسلم : اتق الله حيثما كنت , واتبع السيئة الحسنة تمحها , وخالق الناس بخلق حسن (رواه الترميذي)

Dalam al-Quran – 112 kali disebut perihal taqwa memberi isyarat kepada peri pentingnya hal ini.

Menurut Ab Rahman al-Sa'diy dalam tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yang telah menganugerahkan buat kita nikmat-nikmat yang banyak zahir dan batin, maka wajarlah sebagai balasannya kita meninggalkan laranganNya seperti syirik, fasiq, dan maksiat.Hendaklah kita mentaati perintahNya.

Menurut al-Kalbi dalam tafsirnya al-Tasheel, ketaqwaan menatijahkan perkara-perkara berikut :


1. Mendapat hidayah
2. Mendapat bantuanNya
3. Mendapat perlindungan
4. Mendapat Kasih syg
5. Mendapat Keampunan
6. Mendapat Pelepasan
7. Mendapat Rezeki
8. Kemudahan urusan
9. Dilipatgandakan nilai amalan
10. Diterima amalan
11. Mendapat Kejayaan
12. Mendapat Kegembiraan / ceria
13. Masuk syurga & selamat dari neraka


Tanda-tanda taqwa menurut al-Kalbi lagi ialah :


1. Takut hukuman akhirat
2. Takut hukuman dunia
3. Hendakkan balasan akhirat
4. Hendakkan balasan dunia
5. Takut hari hisab dengan kesusahannya
6. Malu terhadap Allah inilah dia maqam muraqabah
8. Sentiasa hendak mensyukuriNya
9. Mengetahui kedudukannya berbanding dgn kuasa Allah
10. Mengagungkan Allah, itulah dia maqam hebat
11. Cintakan Allah


Tingkatan taqwa menurut al-Kalbi dlm tafsirnya terbahagi kepada 5 iaiatu :


1. Takut kpd Kufr, ini maqam Islam
2. Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat
3. Takut melakukan hal yg syubhat, ini merupakan maqam wara'
4. Takut melakukan hal yg harus, ini tkt org yg zuhud
5. Takut jika terfikir selain daripada Allah.Ini tkt org yang musyahadah.

يقول الامام علي كرم الله وجهه في شرح التقوى :

1- الخوف من الجليل

2- والعمل بالتنزيل

3- والرضا بالقليل

4- والاستعداد ليوم الرحيل

Monday, November 17, 2008

BID'AH

BID’AH

Pengertian Bid'ah

Menurut Imam Syafii yang didukung oleh ulama lainnya menyatakan bahwa:

"Sesuatu yang diadakan (baru) dan bertentangan dengan kitab suci al Quran, sunnah rasul, ijma' para ulama, atau atsar (para shahabat), maka itulah bid'ah dholalah dan ini dilarang. Sedangkan suatu kebaikan yang tidak bertentangan sedikitpun dengan al Quran, sunnah, ijma' atau atsar maka yang demikian itu adalah terpuji.

(Dr. Muhammad Ibn Alwy al Maliki, Dzikriyat wa nasabat, 109).

Nabi s.a.w memperbolehkan berbuat bid'ah hasanah

Nabi s.a.w memperbolehkan kita melakukan bid'ah hasanah selama hal itu baik dan tidak menentang syariah. Sebagaimana sabda beliau s.a.w:

"Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yang buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya"

(Shahih Muslim hadith no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Shahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Shahih Ibn Hibban dan banyak lagi).

Hadith ini menjelaskan makna Bid'ah hasanah dan Bid'ah dhalalah.

Perhatikan hadith beliau s.a.w tersebut. Bukankah beliau s.a.w menganjurkan? Maksudnya bila kalian mempunyai suatu pendapat atau gagasan baru yang membuat kebaikan atas islam maka lakukanlah. Alangkah indahnya bimbingan Nabi s.a.w yang tidak mencekik umat. Beliau s.a.w tahu bahwa ummatnya bukan hidup untuk 10 atau 100 tahun, tetapi ribuan tahun akan berlanjut dan akan muncul kemajuan zaman, modernisasi, kematian ulama, maharajalelanya kemaksiatan. Pastilah diperlukan hal-hal yang baru demi menjaga muslimin lebih terjaga dalam kemuliaan. Demikianlah bentuk kesempurnaan agama ini yang tetap akan boleh dipakai hingga akhir zaman. Inilah makna sebenarnya dari ayat:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya semua ajaran telah sempurna, tak perlu lagi ada pendapat lain demi memperbaiki agama ini. Semua hal baru, yang baik, termasuk dalam kerangka syariah, sudah direstui oleh Allah dan rasul Nya. Alangkah sempurnanya Islam.

Namun tentunya hal ini tidak berarti membuat agama baru atau syariat baru yang bertentangan dengan syariah dan sunnah Rasul s.a.w. Atau bahkan menghalalkan apa-apa yang sudah diharamkan oleh Rasul s.a.w atau sebaliknya. Inilah makna hadith beliau s.a.w: "Barangsiapa yang membuat buat hal baru yang berupa keburukan ...". Inilah yang disebut Bid'ah Dhalalah.

Beliau s.a.w telah memahami itu semua, bahwa kelak zaman akan berkembang, maka beliau s.a.w memperbolehkannya (hal yang baru berupa kebaikan), menganjurkannya dan menyemangati kita untuk memperbuatnya, agar umat tidak tercekik dengan hal yang ada di zaman kehidupan beliau s.a.w saja, dan beliau s.a.w telah pula mengingatkan agar jangan membuat buat hal yang buruk (Bid'ah dhalalah).

Mengenai pendapat yang mengatakan bahwa hadith ini adalah khusus untuk sedekah saja, maka tentu ini adalah pendapat mereka yang dangkal dalam pemahaman syariah, karena hadith di atas jelas-jelas tidak menyebutkan pembatasan hanya untuk sedekah saja, terbukti dengan perbuatan bid'ah hasanah oleh para Sahabat dan Tabi'in.

Bid'ah Dhalalah

Jelaslah sudah bahawa mereka yang menolak bid'ah hasanah inilah yang termasuk pada golongan Bid'ah dhalalah. Bid'ah dhalalah ini banyak jenisnya seperti penafian sunnah, penolakan ucapan sahabat, penolakan pendapat khulafa'ur rasyidin. Di antaranya pula adalah penolakan atas hal baru selama ianya baik dan tak melanggar syariah. Kerana hal ini sudah diperbolehkan oleh Rasul s.a.w dan dilakukan oleh Khulafa'ur rasyidin, sedangkan Rasul s.a.w telah jelas-jelas memberitahukan bahwa akan muncul banyak ikhtilaf dan menasihatkan umatnya dengan, "Berpeganglah pada sunnahku dan sunnah Khulafa'ur rasyidin."

Bagaimana Sunnah Rasul s.a.w? Beliau s.a.w membolehkan Bid'ah hasanah. Bagaimana sunnah Khulafa'ur rasyidin? Mereka melakukan Bid'ah hasanah. Maka penolakan atas hal inilah yang merupakan Bid'ah dhalalah, hal yang telah diperingatkan oleh Rasul s.a.w.

Bila kita menafikan (meniadakan) adanya Bid'ah hasanah, maka kita telah menafikan dan membid'ahkan Kitab Al-Quran dan Kitab Hadith yang menjadi panduan ajaran pokok Agama Islam karena kedua kitab tersebut (Al-Quran dan Hadith) tidak ada perintah Rasulullah s.a.w untuk membukukannya dalam satu kitab masing-masing. Melainkan hal itu merupakan ijma’/kesepakatan pendapat para Sahabat Radhiyallahu'anhum dan hal ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w wafat.

Buku hadith seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan sebagainya ini pun tidak pernah ada perintah Rasul s.a.w untuk membukukannya. Tidak pula Khulafa'ur rasyidin memerintahkan menulisnya. Namun para tabi'in mulai menulis hadith Rasul s.a.w. Begitu pula ilmu musthalahul-hadith, nahwu, sharaf, dan lain-lain sehingga kita dapat memahami kedudukan derajat hadith. Ini semua adalah perbuatan Bid'ah namun Bid'ah Hasanah.

Demikian pula ucapan Radhiyallahu 'anhu atas sahabat yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, tidak pula oleh sahabat. Walaupun itu disebut dalam Al-Quran bahwa mereka para sahabat itu diredhai Allah. Tak ada ayat Qur'an atau hadith Rasul s.a.w yang memerintahkan kita untuk mengucapkan ucapan itu untuk sahabatnya. Namun karena kecintaan para tabi'in pada Sahabat, maka mereka menambahinya dengan ucapan tersebut. Dan ini merupakan Bid'ah Hasanah dengan dalil hadith di atas. Lalu muncul pula kini Al-Quran yang dikasetkan, di-CD-kan, program Al-Quran di radio, Al-Quran yang diterjemahkan. Ini semua adalah Bid'ah hasanah. Bid'ah yang baik yang berfaedah dan untuk tujuan kemaslahatan muslimin, karena dengan adanya Bid'ah hasanah di atas maka semakin mudah bagi kita untuk mempelajari Al-Quran, untuk selalu membaca Al-Quran, bahkan untuk menghafal Al-Quran dan tidak ada yang memungkirinya.

Sekarang kalau kita menarik mundur ke belakang sejarah Islam. Bila Al-Quran tidak dibukukan oleh para Sahabat ra, apa sekiranya yang terjadi pada perkembangan sejarah Islam? Al-Quran masih bertebaran di tembok-tembok, di kulit onta, hafalan para Sahabat ra yang hanya sebagian dituliskan, maka akan muncul beribu-ribu versi Al-Quran di zaman sekarang. Karena semua orang akan mengumpulkan dan membukukannya, masing-masing dengan riwayatnya sendiri, maka hancurlah Al-Quran dan hancurlah Islam. Namun dengan adanya Bid'ah Hasanah, sekarang kita masih mengenal Al-Quran secara utuh dan dengan adanya Bid'ah Hasanah ini pula kita masih mengenal hadith-hadith Rasulullah s.a.w, maka jadilah Islam ini kokoh dan abadi. Jelaslah sudah sabda Rasul s.a.w yang telah membolehkannya, beliau s.a.w telah mengetahui dengan jelas bahwa hal hal baru yang berupa kebaikan (Bid'ah hasanah), mesti dimunculkan kelak, dan beliau s.a.w telah melarang hal-hal baru yang berupa keburukan (Bid'ah dhalalah).

Saudara-saudaraku, jernihkan hatimu menerima ini semua. Ingatlah ucapan amirul mukminin pertama ini. Ketahuilah ucapannya adalah Mutiara Al-qur'an, sosok agung Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a berkata mengenai Bid'ah hasanah: "sampai Allah menjernihkan dadaku dan aku setuju dan kini aku sependapat dengan Umar".

Lalu berkata pula Zayd bin Haritsah ra:

"... bagaimana kalian berdua (Abubakar dan Umar) berbuat sesuatu yang tak diperbuat oleh Rasulullah s.a.w? Maka Abubakar ra mengatakannya bahwa hal itu adalah kebaikan, hingga iapun (Abu Bakar ra) meyakinkanku (Zayd) sampai Allah menjernihkan dadaku dan aku setuju dan kini aku sependapat dengan mereka berdua".

Maka saudara-saudaraku muslimin yang dimuliakan, hati yang jernih menerima hal-hal baru yang baik adalah hati yang sehati dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a, hati Saidina Umar bin Al-Khattab r.a, hati Zayd bin Haritsah r.a, hati para sahabat, yaitu hati yang dijernihkan Allah swt. Curigalah pada dirimu bila kau temukan dirimu mengingkari hal ini, maka barangkali hatimu belum dijernihkan Allah, karena tak mau sependapat dengan mereka, belum setuju dengan pendapat mereka, masih menolak bid'ah hasanah, dan Rasul s.a.w sudah mengingatkanmu bahwa akan terjadi banyak ikhtilaf, dan peganglah perbuatanku dan perbuatan khulafa'ur rasyidin, gigit dengan geraham yang maksudnya berpeganglah erat-erat pada tuntunanku dan tuntunan mereka.

Allah menjernihkan sanubariku dan sanubari kalian hingga sehati dan sependapat dengan Abu Bakar Al-Siddiq r.a, Umar bin Al-Khattab ra, Utsman bin Affan r.a, Ali bin Abi Thalib kw dan seluruh sahabat. Amin.

Pendapat para Imam dan Muhadditsin mengenai Bid'ah

al-Hafidh al-Muhaddits al-imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i rahimahullah (Imam Syafi'i)

Berkata Imam Syafii bahwa bid'ah terbagi dua, yaitu bid'ah mahmudah (terpuji) dan bid'ah madzmumah (tercela). Yang sejalan dengan sunnah maka ia terpuji, dan yang tidak selaras dengan sunnah adalah tercela. Beliau berdalil dengan ucapan Umar bin Khattab ra mengenai shalat tarawih: "Inilah sebaik baik bid'ah".

(Tafsir Imam Qurtubiy juz 2 hal 86-87)

al-imam al-hafidh Muhammad bin Ahmad Al Qurtubiy rahimahullah (Imam Qurtubi)

Menanggapi ucapan ini (dari Imam Syafi'i di atas), maka kukatakan (Imam Qurtubi berkata) bahwa makna hadith Nabi s.a.w yang berbunyi: "Seburuk-buruk permasalahan adalah hal yang baru, dan semua Bid'ah adalah dhalalah" (wa syarrul umuuri muhdatsaatuha wa kullu bid'atin dhalaalah), yang dimaksud adalah hal-hal yang tidak sejalan dengan Alqur'an dan Sunnah Rasul s.a.w, atau perbuatan Sahabat radhiyallahu ‘anhum. Sungguh telah diperjelas mengenai hal ini oleh hadith lainnya: "Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat buat hal baru yang buruk dalam islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya" (Shahih Muslim hadith no.1017) dan hadith ini merupakan inti penjelasan mengenai bid'ah yang baik dan bid'ah yang sesat.

(Tafsir Imam Qurtubiy juz 2 hal 87)

al-muhaddits al-hafidh al-imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawiy rahimahullah (Imam Nawawi)

Penjelasan mengenai hadith: "Barangsiapa membuat-buat hal baru yang baik dalam islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat buat hal baru yang dosanya",

Hadith ini merupakan anjuran untuk membuat kebiasaan kebiasaan yang baik, dan ancaman untuk membuat kebiasaan yang buruk, dan pada hadith ini terdapat pengecualian dari sabda beliau s.a.w: "Semua yang baru adalah Bid'ah, dan semua yang Bid'ah adalah sesat". Sungguh yang dimaksudkan adalah hal baru yang buruk dan Bid'ah yang tercela".

(Syarh Annawawi ‘ala Shahih Muslim juz 7 hal 104-105)

Dan berkata pula Imam Nawawi bahwa ulama membagi bid'ah menjadi 5, yaitu bid'ah yang wajib, bid'ah yang mandub, bid'ah yang mubah, bid'ah yang makruh dan bid'ah yang haram. Bid'ah yang wajib contohnya adalah mencantumkan dalil-dalil pada ucapan ucapan yang menentang kemungkaran. Contoh bid'ah yang mandub (mendapat pahala bila dilakukan dan tak mendapat dosa bila ditinggalkan) adalah membuat buku ilmu syariah, membangun majelis taklim dan pesantren. Bid'ah yang mubah adalah bermacam-macam dari jenis makanan. Sedangkan bid'ah makruh dan haram sudah jelas diketahui. Demikianlah makna pengecualian dan kekhususan dari makna yang umum. Sebagaimana ucapan Umar ra atas jamaah tarawih bahwa inilah sebaik2 bid'ah".

(Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 6 hal 154-155)

Kebesaran Allah

Nama-Nama Allah

bersama mufti al-quds

Bagaimana dengan blog saya?